1)"Sesungguhnya setiap perjalanan musafir mustahil tidak mempunyai bekalan.Justeru itu,sediakanlah bekalan musafirmu semasa hidup didunia menempuhi perjalanan ke alam akhirat...

(2)"Wahai manusia!bukankah kalian semua telah tahu bahwasanya tidak ada lagi tempat tinggal di akhirat kelak selain daripada Neraka dan Syurga dimana kalian semua akan menuju salah satu diantara keduanya...

(3)"Janganlah kalian semua dilalaikan oleh tugas-tugas Duniawi di saat tibanya waktu sembahyang.Bersegeralah kepadanya kerana sesiapa yang membiasakan dirinya melengah-lengah kan sembahyang kerana tugas-tugas Dunaiwinya nescaya Syariat-syariat islam yang lainya akan mudah dicuaikan olehnya"

(4)Berkerjalah untuk dunia mengikut tahap kemampuan kalian dan beramallah untuk Akhirat mengikut tahap kemampuan kalian juga"

(5)Hati hanya mampu menolong pekerjaan kalian mengikut setakat mana keikhlasan kalian di dalam mengendalikan pekerjaan tersebut"

(6)Sesungguhnya aku lebih khuatir dengan banyaknya dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh manusia daripada hebatnya tipu helah dan perancangan musuh mereka"

(7)Celakalah bagi sesiapa yang kepentingan Duniawinya mengatasi matlamat Ukhrawinya"

0 Comments:

Post a Comment